33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Agong zahir dukacita tragedi banjir Baling ragut nyawa

Sebagai tanda solidariti atas musibah yang berlaku, masjid-masjid di seluruh negeri Pahang telah melaksanakan kutipan pada solat Jumaat kelmarin.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​​Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita berhubung kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di daerah Baling Isnin lalu yang meragut tiga nyawa dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tiga mangsa terbabit dan berharap bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka turut menzahirkan harapan penduduk yang terjejas khususnya mereka yang kehilangan kediaman tabah dan sabar menghadapi dugaan yang berat ini.

“Seri Paduka menasihati penduduk di kawasan terbabit supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan, petugas keselamatan, syarikat swasta dan individu yang mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir terbabit.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengambil maklum bahawa sebagai tanda solidariti atas musibah yang berlaku, masjid-masjid di seluruh negeri Pahang telah melaksanakan kutipan pada solat Jumaat kelmarin, untuk disumbangkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

“Seri Paduka Baginda menyeru kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana tersebut.

“Sehubungan itu, semua rakyat diajak untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan