26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Tujuh remaja perempuan ditahan kes pukul, buli

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM perempuan dan seorang bekas pelajar dari sebuah sekolah menengah di Inanam ditahan polis selepas video mereka membelasah seorang pelajar lain tular dalam media sosial sejak malam Jumaat.

Semua individu berusia antara 13 hingga 17 tahun itu ditahan pada jam 11.52 malam di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu sejurus laporan polis dibuat oleh bapa mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, susulan laporan berkenaan polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian itu.

“Seramai enam pelajar dari sekolah yang sama dan juga seorang remaja berusia 17 tahun yang juga merupakan bekas pelajar sekolah berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkap layar rakaman video sekumpulan remaja perempuan membukul seorang pelajar perempuan di Inanam, Sabah. – Sumber: Media sosial

Mohd Zaidi menegaskan bahawa polis memandang berat kes berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli dan atau kekerasan yang melibatkan pelajar sekolah di daerah ini.

“Polis Kota Kinabalu juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Sebelum itu, tular satu video berdurasi 21 saat di aplikasi WhatsApp dan Facebook yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membelasah seorang pelajar lain di sebuah kawasan lapang.

Tindakan mereka menumbuk dan menendang pelajar terbabit turut mendapat kecaman daripada warganet.

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan