34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemilik syarikat pelancongan antara 5 ditahan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LIMA individu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes bakal jemaah haji Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa penipuan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesahkan penahanan dua lelaki dan tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kes yang disiasat.

“Kita telah menahan kelima-lima suspek pada malam semalam membabitkan dua lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sehingga kini terdapat 23 laporan polis telah dilakukan di sekitar ibu negara,” katanya, lapor Kosmo!

Mengulas lanjut, katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik syarikat pelancongan terbabit, ejen dan dua pekerja di syarikat tersebut.

Advertisements

Terdahulu, media melaporkan, lebih 380 jemaah haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima di Tanah Suci dilihat tidak kesampaian apabila mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.

Difahamkan, kesemua bakal jemaah itu yang datang daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak gagal berlepas ke Tanah Suci selepas tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap seperti visa dan pasport.

Kesemua mereka yang berkumpul di Aras 5 Balai pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan ibadah itu dan tidak melalui Tabung Haji (TH).

Sebahagian jemaah telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan sedang menantikan tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan