31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PICKids: Ibu bapa perlu ambil peluang bawa anak segera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

IBU bapa disarankan mengambil peluang yang diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi pembukaan semula pemberian vaksin COVID-19 di bawah PICKids selama lima hari bermula semalam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, seramai 397 kanak-kanak telah disuntik pada hari pertama (semalam).

“Daripada jumlah tersebut, seramai 150 penerima baru mencapai umur lima tahun,” katanya.

Advertisements

Jelasnya, KKM prihatin dengan permintaan para ibu bapa yang berharap kerajaan membuka semula pemberian suntikan vaksinasi kepada kanak-kanak selepas ia ditamatkan pada 30 May 2022 lalu.

“Bersempena sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang bertemakan Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua, kita buka sekali lagi peluang untuk kanak-kanak di Malaysia menerima suntikan vaksinasi demi meningkatkan imunisasi badan mereka,” ujarnya.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan