25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Kes bunuh CEO Cradle Fund: Pendakwaan gagal buktikan waktu kejadian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEGAGALAN pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.

Ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam alasan penghakimannya memutuskan tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan pertuduhan tersebut.

Jelasnya lagi, terlalu banyak perkara yang tidak menentu, dan keputusan akhirnya pendakwaan tidak buktikan dengan kukuh secara melampaui keraguan munasabah, maka ketiga-tiga individu terbabit dilepas dan dibebaskan.

Dalam pertuduhan mengatakan waktu kejadian antara 11.30 malam iaitu 13 Jun, 2018 hingga 4.30 pagi 14 Jun. Itu adalah satu ketetapan masa yang dipilih oleh pendakwaan.

“Jadi Hakim buat keputusan bahawa mengikut keterangan, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan Dr Siew Sheue Feng, ia berlaku antara 11 pagi hingga 1 tengah hari 14 Jun, 2018. ini luar daripada jangka masa pertuduhan yang dibuat pendakwaan,” katanya lagi.

Baca juga:   Pasca PRU15: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berakhir

Berdasarkan keterangan itu, Muhammad Shafee berkata, pendakwaan gagal untuk menempatkan Samirah bersama dua lagi remaja di tempat kejadian.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah 47, dan dua anaknya masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Baca juga:   Kes bunuh CEO Cradle Fund: Chandra Muzaffar bersyukur

Ab Karim ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee berkata, beliau mengambil maklum hasrat keluarga Nazrin untuk membuat rayuan, namun yang boleh membuat proses berkenaan hanyalah Pendakwa Raya, iaitu Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sendiri.

“Kita dah memang sedia, seperti saudara lihat kita punya submission bukan sehari, tapi tiga empat hari submission sahaja. Sama juga dengan prosecution.

Dan bagi saya, kalau ada rayuan daripada pihak pendakwaan, saya rasa kita diberi peluang lagi sekali untuk buktikan ciri-ciri atau ingredient, inti pati pertuduhan ini yang lain-lain dan juga boleh diketepikan mahkamah ini,” katanya lagi. – Bernama

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan