25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Banjir: Pelajar Giat Mara terkena renjatan elektrik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pelajar lelaki cedera apabila terkena renjatan elektrik di Giat Mara Sekinchan di sini selepas institusi kemahiran itu dilanda banjir kilat, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 19 tahun memegang sebuah corong peniup di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang guru pada jam 2.08 petang.

“Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan dan Sungai Besar dikerah dalam operasi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Advertisements

Mengulas lanjut, Norazam berkata, pemeriksaan mendapati pelajar berkenaan tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik setelah kawasan Giat Mara itu dinaiki air setinggi 0.5 meter.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan