31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Mahu ambil bola, kanak-kanak melecur terkena renjatan elektrik

Mesti Baca

SEORANG kanak-kanak lelaki melecur seluruh badan selepas terkena renjatan elektrik dari bilik jana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, petang semalam. 

Dalam kejadian jam 4.55 petang itu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu dikatakan masuk ke bilik jana kuasa berkenaan.

Difahamkan dia masuk ke dalam bilik berkenaan untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam kawasan itu sebelum terkena renjatan elektrik.

Advertisements

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, mangsa mengalami kecederaan selepas tersentuh dengan perkakasan elektrik di dalam bilik jana kuasa elektrik TNB.

“Mangsa telah dibawa oleh pihak perubatan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Pasukan operasi telah membuat pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian bagi memastikan kawasan itu selamat dan menyerahkan kepada pihak TNB untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan