30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Sedang mengenali seseorang, Noki K-Clique rancang kahwin tahun depan

Mesti Baca

MELIHAT rakan-rakannya yang lain sudah mendirikan rumah tangga membuatkan rapper dan pelakon, Noki K-Clique mahu mengikut jejak langkah mereka.

Malah Noki, 29, mengakui rasa tertekan melihat situasi itu dan membuatkan dia tidak sabar merancang mahu segera berkahwin tahun depan.

Penama penuh Ahmad Ikhwan Aji itu berkata, dia kini sedang mengenali seseorang dan berharap perancangan berkahwin tahun depan terlaksana.

“Melihat kawan-kawan yang sudah berkahwin buat saya rasa tertekan dan rasa mahu cepat kahwin.

“Fareed sudah kahwin, MK pun dah kahwin, Tuju pula sudah kahwin dan ada anak.

“Saya juga mahu merasa suasana seperti mereka, pulang ke rumah ada isteri yang menunggu dan masak sediakan makanan untuk saya,” katanya.

Advertisements

Noki ditemui pada majlis tayangan perdana filem War on Terror: KL Anarki (WOT: KLA), berkata, meskipun masih fasa mengenali pasangannya, dia berharap perancangan ke arah itu dipermudahkan.

“Kami baru kenal. Saya tidak mahu cakap siapa. Tapi, dia juga orang dalam industri. Seorang pelakon tapi boleh dikira baru. Saya mengenali dia di set lokasi MK.

“Kalau boleh saya mahu kahwin tahun depan iaitu pada usia saya 30 tahun. Ikutkan saya hendak ikut usia Nabi Muhammad SAW yang berkahwin pada usia 25 tahun dengan Siti Khadijah RA yang sudah pun berusia 40 tahun. Tapi sudah terlajak pula,” katanya.

Dalam pada itu, Noki turut berkongsi keinginan untuk mencari wanita yang beragama dan memakai purdah.

“Walaupun orang cakap saya demand tinggi mahu wanita yang tahu agama dan menutup aurat, tapi saya sendiri pakai gelang, rantai dan sebagainya.

“Saya akan cuba perlahan-lahan untuk berhenti pakai rantai dan apa sahaja yang saya pakai sekarang ini. Saya mahu kehidupan duniawi dan Islamik yang seimbang,” katanya. –Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan