30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Jelajah Silang Budaya Malaysia-Indonesia ke Jawa, Bali

Mesti Baca

JELAJAH Silang Budaya adalah Inisiatif kesinambungan dari program Aspirasi Silang Budaya Indonesia-Malaysia 2023 yang telah berlangsung September lalu di Kuala Lumpur.

Kali ini, Tepak Tellaz bakal menyantuni silaturahim kebudayaan di Indonesia dengan siri jelajah ke Banten, Jogjakarta, Solo dan Bali bermula 20 November hingga 15 Disember ini.

Kolaborasi bersama Teater Gates diteruskan dengan sokongan kerjasama strategik daripada Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Universitas Setia Budhi Rangkasbitung, Teater Guriang, Kelompok Sedhut Senut, Institut Seni Indonesia Surakarta-Solo serta beberapa komuniti dan penggiat seni budaya Indonesia.

Tepak Tellaz dalam satu kenyataan berkata, untuk siri jelajah ini, mereka akan membawakan naskah ‘Empat Perempuan Dari Satu’ karya dan arahan Sarina Aziz (Penerbit dan Pengurus Operasi Tepak Tellaz).

Advertisements

“Teater ‘Empat Perempuan Dari Satu’ ini dibintangi oleh aktres Anissa Azis; penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – BOH Cameronian Arts Awards 2023 bersama dengan aktor yang sedang mencipta nama dari Indonesia, Alvin Yusmizar.

“Selain dari pementasan teater, Tepak Tellaz turut diundang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman tentang perkembangan seni dan budaya Malaysia kepada beberapa kumpulan kebudayaan serta pelajar tempatan melalui kuliah umum, forum dan bengkel yang telah diatur,” katanya.

Katanya, Teater Gates dan sahabat-sahabat kesenian di sana juga akan membawa Tepak Tellaz melawat daerah pelancongan, pusat seni atau sanggar yang aktif ditengah-tengah masyarakat supaya dapat mengenal dengan lebih dekat tentang lingkungan setempat.

“Menepati tujuan dan objektif program, semua kegiatan telah disusun supaya keunikan seni budaya Malaysia-Indonesia terjalin lebih utuh dan saling harmoni diantara dua negara bagi menjaga dan menyemarakkan perpaduan didalam berkesenian dan berkebudayaan sekaligus meningkatkan pertumbuhan pelancongan,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan