26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Banjir: 3 beradik maut terkena renjatan elektrik

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira 11.45 pagi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA beradik perempuan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di Tumpat, Kelantan, tengah hari tadi.

Kesemua mangsa berusia 27 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

Mangsa yang meninggal ialah Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33; Sakinah, 29 dan Noor Fathiah, 27.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian jam 12.40 tengahari itu, ketiga-tiga mangsa dikatakan sedang berjalan kaki mengharungi air banjir melalui hadapan sebuah rumah.

“Tiba-tiba seorang mangsa dipercayai tergelincir dan terpegang tiang rumah sebelum terkena renjatan elektrik.

“Kedua-dua kakak mangsa cuba membantu dan turut terkena renjatan elektrik itu. Ketiga-tiga beradik itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Susulan itu, Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan untuk tindakan memutuskan bekalan elektrik di tempat kejadian dan tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Muhamad Zaki berkata siasatan di lokasi kejadian juga mendapati perkarangan rumah tersebut mengalami banjir lebih kurang setinggi 6 inci.

Advertisements

Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut masih berjalan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, TNB akan menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.

TNB berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan polis.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang gambar atau video kejadian tersebut dan membuat spekulasi.

Sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan di samping menghormati perasaan dan sensitiviti keluarga mangsa.

TNB turut mengulangi peringatan kepada orang ramai agar tidak menghampiri atau menyentuh pepasangan elektrik yang ditenggelami banjir kerana dikhuatiri berlaku kebocoran arus.

“TNB akan memastikan keselamatan orang ramai sentiasa diutamakan, termasuk dengan memutuskan sementara bekalan elektrik ke kawasan yang ditenggelami air banjir atas faktor keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan