Sunday, June 14, 2026

Lelaki kena renjatan elektrik dalam pembetungan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dilaporkan terkena renjatan elektrik dalam pembetungan di Laguna Park Pulau Indah, hari ini.

Akibat insiden tersebut menyebabkan mangsa berusia 30an itu tidak sedarkan diri dan dikatakan kehilangan pergelangan kaki kanan.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 4.04 petang.

Katanya, berdasarkan maklumat awal melibatkan seorang lelaki terkena renjata elektrik di dalam pembentungan.

“Mangsa masih berada di lokasi kerana dimaklumkan memerlukan kehadiran pakar kabel dari Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Ini bagi memastikan kawasan selamat susulan masih ada arus elektrik di dalam pembetungan tersebut,”katanya.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan