32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

BAC 2023: Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEREGU campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mara ke suku akhir selepas menewaskan beregu China, Chen Xing-Cheng Fang Hui dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Pasangan ranking kelapan dunia itu bagaimanapun tewas mudah di set pertama 21-12 kepada beregu di ranking ke-51 dunia tersebut.

Bagaimanapun, wakil negara itu bangkit terpaksa berhempas pulas di set kedua apabila menang 22-20 sebelum menamatkan perlawanan dengan 21-15 di set ketiga.

Kejayaan mara ke suku akhir itu menyaksikan pasangan beregu campuran negara itu berjaya menebus kehampaan apabila terkandas seawal puisngan kedua di kejohanan BAC di Manila tahun lalu.

Advertisements

Di peringkat suku akhir esok, Sonn Huat-Shevon dijadualkan menentang pasangan beregu campuran Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari di Dewan Tertutup Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr di Dubai.

Terdahulu, gandingan yang berada di ranking ke-14 dunia itu menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito.

Sementara itu, hasrat satu lagi pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas di tangan bekas Juara All England, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti.

Tang Jie-Ee Wei tewas set pertama 21-23 sebelum bangkit memberikan tentangan untuk menang set kedua 21-18 namun gagal menyaingi kemaraan lawan apabila tewas set penentuan 15-21. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kilang proses ‘e-waste’ didalangi warga asing diserbu, 33 ditahan

SEBUAH kilang memproses sisa elektronik atau e-waste yang didalangi warga asing diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan