26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Berebut teman wanita punca pergaduhan di restoran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GARA-GARA berebut teman wanita, seorang remaja antara lapan individu diberkas dalam kejadian pergaduhan di sebuah restoran di Taman Ehsan Jaya, Pandamaran, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.10 pagi.

Menurutnya, siasatan dijalankan berdasarkan satu video tular memaparkan beberapa orang individu bersenjatakan kayu besbol yang bertindak memukul seorang lelaki.

“Bertindak atas kejadian, sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan dan juga D7 Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor telah melakukan beberapa siri tangkapan terhadap lapan lelaki berumur antara 14 hingga 21 tahun di sekitar Kapar dan Klang.

“Turut dirampas beberapa telefon bimbit, beberapa helai pakaian, sebuah kereta dan dua batang besi besbol,”katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah.

Advertisements

“Pengakuan awal mendapati kesemua tangkapan mengaku terlibat dalam kes yang disiasat dan siasatan mendapati kejadian ini berpunca daripada perebutan teman wanita yang melibatkan pelajar sekolah.

“Namun begitu campur tangan daripada rakan-rakan suspek dan mangsa telah membawa kepada unsur-unsur gangsterism iaitu kumpulan kongsi gelap,” katanya.

Dalam pada itu, Hoong Fong berkata, semakan rekod mendapati dua daripada lapan suspek yang diberkas mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan jenayah.

“Kesemua tangkapan telah dibawa untuk perintah reman di hadapan Majistret, Mahkamah Majistret Klang, Selangor dan dibenarkan reman selama tiga dan enam hari.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan