24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

‘Kahwin senyap’ punca dua isteri legenda bola sepak bergaduh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAHWIN tanpa pengetahuan isteri pertama dipercayai menjadi punca pergaduhan dua isteri legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, seorang wanita yang juga isteri kedua itu tampil membuat laporan polis sejurus kejadian berkenaan, pukul 2.18 pagi.

Menurutnya, suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut.

“Ia kemudian membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis.

“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ujar Mohd. Iqbal, kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih itu sudah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan dan suspek turut membuat laporan polis pada hari sama.

Advertisements

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dua wanita dipercayai isteri kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam.

Zainal Abidin, 62, yang pernah menjadi jurulatih Sri Pahang FC dan Melaka United dilapor telah berkahwin buat kali kedua dengan penyanyi Nur Syafinaz atau Fyna Jebat, 29.

Pendedahan mengenai perkahwinan tersebut dibuat sendiri oleh Fyna yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon terkenal Ayda Jebat dalam satu program realiti baru-baru ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan