24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Isteri, madu legenda bola sepak bergaduh di restoran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERANA perselisihan faham, isteri pertama dan madu kepada seorang lagenda bola sepak negara 80-an bergaduh dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Shah Alam semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal dijalankan mendapati berlakunya pertikaman lidah antara kedua-dua individu terlibat.

“Kejadian kemudian membawa kepada pergaduhan, bagaimanapun dapat dileraikan orang ramai di lokasi kejadian,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Advertisements

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih lagi dijalankan.

“Kedua-dua individu telah tampil membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK),” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan