Tuesday, July 21, 2026

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tun Daim

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin atas pemergian isterinya, Toh Puan Mahani Idris semalam.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Mahani dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka berdua juga mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan