30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 29, 2023

Puad sindir Hadi isu ‘sedekah’ kepada pengundi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini menyindir Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pemberian wang oleh parti itu kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu sebagai satu sedekah.

Menurut Mohd Puad, semua pihak perlu terima fatwa oleh Abdul Hadi itu bahawa sogokan Pas kepada pengundi sebagai sedekah dan bukannya rasuah.

Beliau berkata, apa yang penting parti itu telah mengaku secara terbuka bahawa mereka telah memberikan ‘sedekah’ dalam bentuk tunai kepada para pengundi.

“Tujuannya jelas iaitu untuk dapat undi. Buktinya ialah ada lafaz “wallahi undi Pas”.

“Cuma pada Pas rasuah ialah sedekah. Sama juga dengan “royalti dan wang ehsan”.

“Pada Pas wang ehsan bukan royalti. Pada kerajaan royalti dan wang ehsan adalah sama. Pas ambil wang ehsan itu. Bermakna Pas terima royalti,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Radzi buat 'homework' tak? Tanya Puad Zarkashi

Isu pemberian wang tunai kepada pengundi menjadi perdebatan antara Pas dan UMNO setelah rakaman video mengenainya tersebar menerusi media sosial.

Susulan itu, Pas telah ‘diserang’ oleh parti lawan dengan mendakwa parti Islam itu mengamalkan politik wang dengan memberikan sogokan kepada pengundi agar mengundi parti itu dalam PRU-15 lalu.

Menanggapi isu tersebut, Abdul Hadi berkata, pemberian wang tunai oleh bukan calon kepada pengundi tidak menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana ia merupakan satu sedekah.

Baca juga:   Pemandu Toyota Camry putih ditahan polis

Bagaimanapun, secara sinis Mohd Puad yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO ‘memuji’ tindakan Abdul Hadi yang membuat pengakuan terbuka berhubungan pemberian wang tersebut.

“Memang pelik, tidak ikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Perkataan berbeza tetapi makna sama.

“Pada Pas sedekah bukan rasuah. Pas bagi sedekah besar-besaran. Pas menang besar. Menang kerana rasuah,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

LPPKN, JKN gempur saringan HPV DNA di seluruh negara

LEMBAGA Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) melaksanakan program Gempur Saringan HPV DNA...

Lagi Artikel Berkaitan