29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

14,306 jemaah haji dijangka berlepas pada 4 Jun ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 14,306 jemaah haji Malaysia bagi musim 1443H/2022M dijangka akan berlepas ke tanah suci bermula pada 4 Jun ini.

Pengarah Eksekutif Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jumlah tersebut merupakan 45 peratus daripada kuota rasmi yang ditetapkan iaitu seramai 31,600.

“Sehingga kini, kita telah menerima kira-kira 60,000 rayuan untuk menunaikan ibadah haji namun hanya 14,306 kuota telah diberikan kerajaan Arab Saudi dan keutamaan diberikan kepada mahram dan pembantunya.

“Pada masa sama, kita juga telah menganjurkan Kursus Perdana Haji secara berperingkat pada 15 Mei lalu sehingga 29 Mei ini di 20 masjid utama di seluruh negara sebagai persiapan kepada jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci,” katanya, lapor Kosmo!.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Operasi Haji Musim 1443H/2022M di Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Kata Syed Saleh, jadual penerbangan berhubung pelepasan ke tanah suci jemaah haji Malaysia akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat.

“Kita akan keluarkan jadual mulai minggu hadapan secara berperingkat di mana jadual penerbangan ini telah diluluskan pihak penerbangan Arab Saudi. Dua syarikat penerbangan akan terlibat dalam membawa jemaah haji iaitu Malaysia Airlines (MAS) dan Saudia Airlines (Saudia).

“Sebanyak lapan stesen berlepas telah ditetapkan kepada jemaah haji di seluruh Malaysia untuk melapor diri melibatkan kawasan di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” jelasnya.

Tambah beliau, sesi penerangan berhubung operasi haji akan dilakukan secara dalam talian pada 30 Mei ini kira-kira pukul 5 petang.

“Sesi penerangan yang akan dilakukan Tabung Haji ini akan melibatkan isu kesihatan diri, urusan lapor diri jemaah haji dan perkhidmatan di tanah suci.

“Jemaah haji juga diwajibkan untuk melakukan ujian RT-PCR (PCR) 48 jam sebelum melapor diri, ia bagi memastikan kesihatan jemaah sebelum berangkat ke tanah suci.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan