31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Dr Adham sedia beri kerjasama kepada SPRM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19.

Beliau yang memegang portfolio itu semasa negara sedang berhadapan dengan wabak itu mula melanda negara mengakui pernah menerima sendiri aduan mengenai perkara itu sekali gus menjelaskan ia berlaku di peringkat pentadbiran.

Menurutnya, sewaktu keadaan pandemik banyak proses pemerolehan tidak melalui prosedur biasa dan terdapat kekeliruan dalam melaksanakan perkara itu.

“Kita gunakan perolehan kecemasan jadi keperluan mendesak banyak benda yang dilakukan nak cepat ada yang terpaksa pesan dahulu dan ada juga yang perlukan deposit, ini semua tak melalui proses-proses seperti biasa, ada perkara-perkara yang saya sedar dan saya sebagai menteri pada ketika itu menasihati mereka.

“Saya sebagai menteri saya menjaga dasar dan pelaksanaan dilakukan oleh pihak pentadbiran, saya menyenaraikan semua keperluan pelaksanaan oleh mereka, saya bersedia untuk beri kerjasama kepada SPRM, tidak ada keraguan kerana ini penggunaan kecemasan pertama kali,”katanya.

Baca juga:   SPRM dedah wujud penyelewengan perolehan perkhidmatan kesihatan

Dr Adham berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara National Instituteof Biotechnology Malaysia, Solution Biologics Sdn Bhd dan Cansino Biologics Inc (CanSino).

Selasa lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap perolehan berkaitan COVID-19 melibatkan rasuah dan penyelewengan selain turut melihat kepada penyalahgunaan kuasa.

Baca juga:   Berhari raya dengan normal baharu ‘okey’

Berkenaan majlis itu, Dr Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata, MoU yang telah ditandatangani oleh tiga pihak itu bertujuan memupuk kerjasama jangka panjang dalam pembangunan, penyelidikan dan pengkomersialan vaksin manusia.

MoU ini memberi tumpuan kepada program penyelidikan bersama pembangunan vaksin terpilih, pertukaran penyelidik dan pakar teknikal, pemindahan teknologi dan pengetahuan serta pengkomersialan produk vaksin untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa. – Bernama


Wartawan

Terkini

TMJ nafi keluar kenyataan dakwa UMNO parti sampah

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan menyentuh mana-mana pemimpin parti politik...

Lagi Artikel Berkaitan