26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Lauk kampung tetap “win” – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsikan menu yang sentiasa mendapat tempat di hatinya iaitu menu lauk kampung.

Perkara berkenaan dikongsikan dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Walau pelbagai jenis makanan saya dah cuba, lauk kampung tetap “win”. Kuah gulai kawah banjir, baru menjadi.

“Jamuan di Masjid Muhajirin Kampung Lubuk Kawah, Temerloh. Raya kedua, saya beraya disini santai dengan orang kampung dan saudara-mara.

“Semua steady lagi ke tu?Soal beliau hari ini.

Advertisements

Dalam hantaran terdahulu, Perdana Menteri turut berkongsikan aktiviti hari raya kedua beliau.

“Hari raya kedua adalah hari menziarah tanah perkuburan bagi seluruh keluarga dan saudara mara saya.

“Selain dari menyedekahkan tahlil dan doa… dapat juga membawa anak cucu untuk mengingatkan dan menjelaskan tentang sejarah atuk nenek, moyang serta keturunan mereka,” ujarnya.

Malah apa yang penting menurut Ismail Sabri, setahun sekali dapatlah kesemua sanak saudara jauh dan dekat berkumpul dan bermesra.-EDISI9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan