26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Kanak-kanak maut kemalangan pulang beraya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak maut apabila dia dan keluarganya yang pulang beraya terbabit dalam kemalangan di KM 85, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Alor Serdang, Setiu, Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Aidil Fitri Osman, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Kemalangan itu turut menyebabkan bapanya, Osman Intan, 51, dan dua kakak dan seorang abangnya berusia dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun cedera parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, sewaktu kejadian, keluarga tersebut dikatakan dalam perjalanan untuk beraya di Kuala Nerus dari rumah mereka di Kangar, Perlis.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, van jenis Toyota Hiace dipandu ibu mangsa, Asmah Zakaria, 45, dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan.

“Van dinaiki mereka kemudiannya terjatuh ke dalam parit sehingga menyebabkannya remuk teruk,” katanya seperti dilaporkan Kosmo! hari ini.

Baca juga:   Lagi kes penggal kepala ibu angkara dadah

Afandi berkata, Muhammad Aidil Fitri yang cedera parah disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Setiu di sini pada pukul 8.30 pagi.

Tambah beliau, ibu kanak-kanak itu, Asmah Zakaria, 45, dan dua lagi abang mangsa pula cedera ringan di bahagian kepala.

“Kesemua tujuh mangsa yang cedera menerima rawatan di wad hospital sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Baca juga:   Lagi kes penggal kepala ibu angkara dadah

“Nasihat saya kepada pengguna jalan raya, berehat sebentar dan jangan teruskan perjalanan sekiranya mengantuk dan penat,” katanya.

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan