30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Rugi RM132,900 terpedaya ‘pegawai KKM’

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengurus sumber manusia sebuah syarikat swasta berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM132,900 selepas terpedaya sindiket Macau Scam licik menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kes tipu menyamar sebagai pegawai KKM pada 30 April lalu.

“Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun menerima panggilan telefon daripada lelaki mengaku sebagai pegawai KKM, Bahagian Pemeriksaan Bekalan Ubatan.

“Mangsa diminta untuk mengesahkan sama ada pernah mengambil ubat-ubatan seperti ubat panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selesema secara berlebihan di sebuah Klinik Komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Mahidisham, wanita itu menafikan dakwaan berkenaan dan panggilan kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki lain yang menyamar sebagai pegawai polis memaklumkan mangsa juga terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.

Advertisements

“Mangsa telah ditakutkan sekiranya tidak mengaku kesalahan tersebut waran tangkap akan dikeluarkan.

“Panik dengan ugutan tersebut, mangsa telah membuat pindahan duit sebanyak lima kali ke dalam satu akaun yang sama bermula dari 22 hingga 26 April dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,900,” ujarnya.

Ujarnya, mangsa juga menerima panggilan telefon lain pada Sabtu lalu dan diminta untuk membuat bayaran tambahan sebelum wanita itu membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan