31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Rumah Terbuka Aidilfitri PM Ahad ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini, Ismail Sabri berkata majlis itu akan diadakan di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 4 petang.

“Kita berkumpul dan bersama-sama meraikan Aidilfitri sebagai sebuah keluarga besar, Keluarga Malaysia.

“Insya-Allah banyak juadah enak disajikan, untuk Keluarga Malaysia yang tersayang. Kita jumpa nanti ya…” katanya.

Memetik Bernama, Jabatan Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook pada 30 April lepas memaklumkan, semua yang hadir perlu mematuhi prosedur operasi standard terkini semasa Fasa Peralihan Ke Endemik dan digalakkan memakai pelitup muka serta mengamalkan penjarakan fizikal.

Hantaran itu turut melampirkan poster panduan pakaian dan maklumat perkhidmatan bas percuma untuk ke majlis tersebut.

Baca juga:   11,111 kekosongan perjawatan dalam PDRM

Berdasarkan poster itu, pakaian yang dibenarkan ialah baju berlengan, seluar panjang, skirt bawah paras lutut dan berkasut manakala pakaian yang dilarang ialah seluar pendek bawah paras lutut, skirt pendek atas paras lutut, baju tidak berlengan, seluar jeans koyak dan selipar.

“Orang ramai hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Kegagalan mematuhi etika pemakaian ini boleh mengakibatkan anda tidak dibenarkan memasuki Kompleks Seri Perdana,” menurut petikan di poster itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal dan media sosial JPM dari semasa ke semasa.

Baca juga:   Imam tarawih terkejut terima surat ‘pinangan’ dalam raga motor

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan