34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Gangguan bekalan air babitkan 472 kawasan di KL, Selangor

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 472 kawasan di lima wilayah akan mengalami bekalan gangguan air tidak berjadual bermula pukul 3 petang hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan tersebut ekoran insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menurut kenyataan berkenaan, henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) telah dibuat pada pukul 6.15 pagi manakala Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Berikutan itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan berkenaan, pihak Air Selangor kini sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan dan menasihatkan agar para pengguna di kawasan terjejas menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Para pengguna boleh merujukkesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” katanya. -EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan