24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MySejahtera kini dilengkapi maklumat penyakit berjangkit lain

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

APLIKASI MySejahtera memperkenalkan ciri baharu iaitu penggunanya boleh melihat maklumat penyakit berjangkit lain, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, sebagai permulaan fungsi sedia ada yang digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes Covid-19 akan digunakan untuk melihat titik panas penyakit lain seperti penyakit anjing gila (rabbies), demam campak, penyakit kaki dan mulut (HFMD) dan denggi.

Update (kemas kini) terkini MySJ memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya menerusia ciapan dalam twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menasihatkan orang ramai terutamanya individu yang bergejala untuk membuat ujian kendiri dan melaporkan di aplikasi MySejahtera.

“Saya harap sambutan Aidilfitri anda ceria pada Raya kedua. Terus pakai pelitup muka di kawasan tertutup dan/atau sesak.

“Jika bergejala buat ujian kendiri dan lapor di @my_sejahtera,” katanya.

Advertisements

Sebelum ini, Khairy menegaskan fungsi aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dan diperluaskan kepada penyakit berjangkit lain bukan Covid-19 selaras dengan perubahan negara ke fasa endemik.

29 April lalu, Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman menyatakan bilangan kes mingguan penyakit HFMD di Selangor kini telah melebihi paras amaran

“Setakat 27 April lepas, sebanyak 5,346 kes direkodkan di negeri ini bagi penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak berusia bawah tujuh tahun itu.

“Pada masa yang sama, terdapat 112 kluster HFMD telah dilaporkan melibatkan 547 kes dengan 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska, tadika serta pusat jagaan harian, namun tiada kematian dilaporkan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan