27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Covid-19: 1,352 kes baharu, terendah sejak 31 Oktober 2020

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 1,352 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,450,859 iaitu terendah sejak 31 Oktober 2020.

Namun KKM semalam menjangkakan kes positif Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri meningkat tetapi kebanyakan adalah Kategori 1 dan 2 iaitu tiada gejala dan gejala ringan.

Ia berdasarkan pemerhatian trend kes Covid-19 untuk tempoh dua bulan lepas dan mendapati 99.5 peratus kes adalah Kategori 1 dan 2.

Pecahan jumlah kes baru berdasarkan negeri menyaksikan Selangor kekal tertinggi dengan 680 kes diikuti Kuala Lumpur (166); Pulau Pinang (103); Melaka (92); Johor (74); Perak (73); Negeri Sembilan (42); Sarawak (35); Kedah (17); Kelantan (15); Sabah, Terengganu serta Putrajaya (14); Pahang (11) dan masing-masing kekal satu kes iaitu Perlis dan Labuan.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 36,441, turun 60.4 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Pihak berkuasa kesihatan juga merakamkan lima kematian baharu semalam, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 35,555 orang.

Advertisements

Satu kes kematian adalah ketika dibawa (BID).

Sejak minggu lalu, purata 6.9 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 16.2, yang menunjukkan trend penurunan.

Negeri yang paling tinggi kematian adalah Selangor (3), Perak (1), Sarawak (1) .

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebook menyatakan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara adalah 0.62.

“Melaka mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 0.83 diikuti Kuala Lumpur (0.82) dan Pulau Pinang (0.79),” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan