25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Perlu qada zakat fitrah jika belum tunaikan – Mufti Kelantan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam khusus rakyat Kelantan yang belum membayar zakat fitrah pada bulan Ramadan lepas, wajib qada zakat fitrah walaupun sudah lewat daripada waktu ditentukan.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, hal ini kerana terdapat hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka iaitu golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.

“Hukum harus bermula dari awal bulan Ramadan hingga akhir bulan Ramadan manakala hukum wajib membayarnya pula apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berakhir sebelum terbenam matahari 1 Syawal,” katanya, lapor Bernama, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, sekiranya memasuki 2 Syawal ia perlu wajib qada niat zakat fitrah.

Advertisements

Sementara itu, Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat menyeru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan zakat fitrah kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya.

“Memandangkan baru-baru ini umat Islam menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei (hari ini), mungkin ramai tidak sempat untuk membayar zakat fitrah pada akhir Ramadan lepas.

“Saya seru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan ini, jangan tangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya,” katanya.

Beliau berkata, zakat fitrah dibayar untuk kita berkongsi kepada orang yang memerlukan (fakir dan miskin) bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan