28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Pemandu Alphard direman: Tular sekali, bongkar 56 saman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.

Menurutnya, suspek ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik IPD Gombak kira-kira jam 2 petang dan dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak.

“Namun hasil ujian tersebut adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Zainal Mohamed, suspek turut dibawa ke Hospital Selayang untuk pengambilan sampel darah bagi ujian alkohol.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada semalam untuk perintah reman dan direman selama tiga hari (bermula semalam).

Advertisements

“Kes disiasat di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pada Sabtu lalu, seorang pemandu Toyota Alphard dikehendaki polis setelah aksinya memandu secara berbahaya tular di media sosial.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan serta melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.

Terdahulu, hasil semakan saman ke atas MPV berkenaan juga mendapati pemandu tersebut mempunyai 56 saman lampau yang masih belum dijelaskan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan