32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Nahas pagi raya: Wanita maut, suami dan anak cedera

Mesti Baca

SEORANG wanita maut manakala suami dan anaknya cedera apabila kereta yang dipandu suaminya terbabas dan melanggar pokok di Jalan Dato Ali, Kuala Perlis, awal pagi Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, wanita berusia 33 tahun itu maut di tempat kejadian manakala suami dan anaknya mendapat rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

“Pada kejadian 7.15 pagi itu, mangsa yang dikenali Mira Azira Mohamad, 33, disahkan maut di lokasi kejadian manakala suaminya Nor Radzuan Abd Rahman, 33, serta anaknya Rabiatul Adawiyah Nor Radzuan, empat tahun mengalami kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Yusharifuddin berkata, kereta yang dipandu suami mangsa itu dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan.

Katanya siasatan awal mendapati tiada kesan brek di lokasi kejadian dan keadaan cuaca baik serta jalan kering.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan