27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 18, 2022

Coway tubuh pusat R&D antarabangsa pertama di Malaysia

Mesti Baca

COWAY bakal membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) antarabangsa pertamanya di Universiti Malaya (UM) bagi meneruskan penyelidikan dalam penyediaan penyelesaian bagi mengubah kehidupan di luar penjagaan.

Bagi tujuan itu, satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Coway Malaysia dan UM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, pusat R&D canggih itu akan dilengkapi dengan pelbagai makmal untuk menjalankan penyelidikan kualiti air dan tidur.

Katanya, Coway Malaysia berhasrat untuk memanfaatkan kepakaran profesor dan pelajar dari Fakulti Kejuruteraan dan Sains UM untuk terus mempelopori inovasi teknologinya.

“Menerusi pusat R&D ini, Coway Malaysia boleh menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam tentang cara menambah baik produknya, dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia.

“Di samping itu, kerjasama ini juga bakal membuka peluang bagi latihan amali, khidmat rundingan, penajaan, penubuhan makmal dan banyak lagi,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Kyle berkata, pusat R&D itu merupakan kemudahan pertama di luar Korea Selatan dan pihaknya sangat teruja untuk melihat rancangan tersebut menjadi kenyataan.

Baca juga:   Bersihkan udara dalam rumah untuk kehidupan lebih sihat

Katanya, UM adalah rakan kongsi yang terbaik untuk kerjasama tersebut kerana misi mereka adalah untuk menimba ilmu baharu dan menyemai pembangunan pemimpin masa depan.

“Coway Malaysia juga merupakan syarikat peralatan rumah Korea pertama yang bekerjasama dengan UM dalam perkongsian unik ini dan kami berharap ini akan membuka jalan bagi pelbagai peluang inovatif pada masa depan,” katanya.

Baca juga:   UMNO kekal parti terbesar, tarik 127,214 ahli baharu - Ahmad

Beliau berkata, Coway juga berusaha meningkatkan kesefahaman antara kedua-dua pihak seperti peluang pekerjaan dan latihan amali bagi graduan UM serta pertukaran ilmu antara pakar-pakar industri dari Korea Selatan dan Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof. Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Raman berkata, pihaknya mengalu-alukan peluang kerjasama itu dan teruja dengan kemudahan R&D yang bakal dibuka di UM.

Katanya, kerjasama itu sejajar dengan misi UM untuk menambah pembelajaran dan ilmu pengetahuan menerusi penyelidikan dan pendidikan berkualiti demi kepentingan negara dan kemanusiaan.

“Bagi mencapai matlamat ini, kami mempergiatkan usaha untuk menaikkan nama universiti menerusi proses pengantarabangsaan, kerjasama dan pakatan dengan industri strategik dan pihak-pihak berkepentingan,” katanya.

Untuk rekod, pusat R&D pertama Coway telah ditubuhkan pada tahun 1993 dan bertempat di Taman Penyelidikan Universiti Kebangsaan Seoul di Seoul, Korea Selatan.

Ia merupakan salah satu pusat R&D terbesar di dunia, dilengkapi dengan 182 peranti dan peralatan canggih. Kemudahan tersebut juga telah menerima pensijilan oleh Persatuan Kualiti Air (WQA) di Amerika sebagai Makmal Ujian Diiktiraf yang memberi tumpuan menjalankan ujian kecekapan dan keselamatan. – Edisi 9

Baca juga:   Malaysia tidak iktiraf mata wang kripto - MoF

Terkini

Lelaki curi seluar dalam wanita dipenjara dua tahun

SEORANG lelaki dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan atau dua tahun di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, Sabah, hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan