Monday, July 20, 2026

KPM adakan kempen rentas kementerian, pupuk antibuli di sekolah

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keperluan membendung salah laku buli di semua institusi pendidikan kelolaannya.

Sehubungan itu, menurut KPM, kementerian akan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula di peringkat sekolah rendah.

Katanya, ini termasuk memberi kesedaran dan memupuk sikap untuk saling menghormati antara satu sama lain serta menerapkan nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam diri setiap murid.

“Pelaksanaan kempen ini akan dilakukan dengan kerjasama rentas kementerian bagi memastikan impak dan keberkesanannya. Kebersamaan semua pihak adalah dituntut dalam memerangi salah laku buli.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dengan nilai dan akhlak mulia,”kata KPM dalam kenyataan hari ini.

KPM menngulas titah Yang di-Pertuan Agong agar kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Titah Seri Paduka Baginda, budaya buli sekiranya tidak dibendung sejak dari peringkat sekolah rendah berisiko melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

“Buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi,”titah Baginda ketika menerima mengadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Negara, pada Isnin.

Pada waktu ini, kata KPM, pihaknya sedang merangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan karakter.

Jelasnya, ia merangkumi pembinaan nilai-nilai manusiawi untuk melahirkan insan yang beradab, berakhlak dan berintegriti. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan