Sunday, July 19, 2026

Saya tidak akan berganjak walau seinci pun – Akmal

Saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini ...

Mesti Baca

“JIKA ini harga yang saya perlu bayar untuk memartabatkan kedaulatan negara, saya tidak akan berganjak walau seinci sekali pun. Kita jumpa di mahkamah.”

Demikian ditegaskan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh selepas beliau dimaklumkan akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat ini berhubung perhimpunan aman membantah pengibaran Jalur Gemilang terbalik baru-baru ini.

Menurut ADUN Merlimau itu, perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis ketika beliau baru sahaja menjejakkan kakinya di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah.

Bagaimanapun beliau menegaskan akan memendekkan ibadah umrahnya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 505(B) Kanun Keseksaan.

“Justeru, saya akan pendekkan umrah saya dan akan pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan tersebut pada hari Jumaat ini di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam jam 8 pagi,” katanya.

Pada 15 Ogos lalu, Akmal telah dipanggil oleh polis untuk memberikan keterangan berhubung demonstrasi yang diketuainya di hadapan sebuah kedai di Kepala Batas sehari sebelumnya berkait isu Jalur Gemilang.

Beliau tiba Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11 diiringi oleh puluhan penyokongnya dan keluar kira-kira 2 pagi.

Sebelum itu, beliau dilaporkan mengetuai lebih 300 individu daripada UMNO, Bersatu dan Pas dalam satu perarakan sejauh 1.4 kilometer bagi membantah tindakan sebuah kedai perkakasan yang mempamerkan bendera negara secara terbalik.

Sehubungan itu, DAP mengarahkan sayap pemudanya, Dapsy di seluruh negara membuat laporan polis terhadap tindakan pemimpin muda UMNO itu.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, laporan polis dibuat mengikut Seksyen 503 Kanun Keseksaan, iaitu menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan.

Tambahnya, tindakan Akmal itu mengabaikan amaran Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang agar tidak mengadakan perhimpunan awam.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim, turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan, sambil menyifatkan perarakan itu sebagai provokatif dan menyalahi undang-undang serta mendakwa ia menggugat usaha memupuk perpaduan sempena bulan kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, tindakan Akmal mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur pihak-pihak yang sengaja mencari populariti daripada isu tersebut. – Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan