25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Penuntut USM maut jatuh dari tingkat lapan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penuntut dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun, malam tadi.

Mangsa, Lukman Hakim Mat Rani, 22, dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di pekarangan bawah bangunan berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian melibatkan seorang penuntut di universiti berkenaan kira-kira pukul 10.30 malam.

“Mayat pelajar tersebut kini berada di Hospital Pulau Pinang bagi menunggu proses bedah siasat dijalankan termasuk ujian saringan Covid-19.

Advertisements

“Polis mengenal pasti rakan sebilik si mati dan akan memanggil mereka untuk beri keterangan mengenai kejadian itu,” katanya hari ini.

Soffian memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis ketika ini mengklasifikasikan kematian pelajar tersebut sebagai mati mengejut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan