25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

3 kenderaan mikromobiliti dilarang berada di atas jalan raya

Antara yang dilarang termasuk moped dan skuter elektrik atau gerakan manusia serta PMA

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan menetapkan larangan penggunaan kenderaan jenis mikromobiliti membabitkan tiga kategori di atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta.

Larangan itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (Kaedah) yang sudah berkuat kuasa pada 17 Disember lalu.

Beliau berkata, tiga kategori itu termasuklah moped, skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman atau pun kuasa manusia serta Personal Mobiliti Aids (PMA).

“Untuk penggunaan basikal, walaupun tidak dilarang namun ia hendaklah mematuhi semua peraturan yang sudah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Bagi basikal dengan bantuan elektrik atau basikal elektrik, hanya yang memenuhi spesifikasi Malaysia Standard, MS2514: Electric Bicycles (Electric Pedal Assisted Bicycles) Specification dibenarkan digunakan di atas jalan raya,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ka Siong berkata, penggunaan kenderaan mikromobiliti menerusi percampuran dengan aliran trafik bersama kenderaan lain di jalan raya akan menimbulkan risiko berlakunya tragedi sama seperti nahas basikal lajak yang meragut nyawa lapan kanak-kanak.

Advertisements

“Berikutan itu mana-mana individu yang menggunakan kenderaan berkenaan di atas jalan raya boleh dikenakan kompaun sehingga RM300 seperti diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Sekiranya membabitkan kemalangan ia akan menjadi satu isu besar kerana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 41 hingga 44 iaitu memandu secara melulu atau membahayakan atau sehingga menyebabkan kematian.

“Walaupun kompaun yang dikenakan hanya RM300, namun Akta Pengangkutan Jalan boleh digunakan sepenuhnya sekiranya berlaku kemalangan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ka Siong berkata, semua pihak berkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta untuk bersama mengawal selia penggunaan kenderaan itu di kawasan masing-masing.

“Bagaimanapun, pihak PBT boleh membangunkan infrastruktur jalan khusus yang mampu menyokong penggunaan kenderaan mikromobiliti yang selamat seperti laluan basikal serta tidak bercampur dengan aliran trafik,” katanya.

Beliau turut mengesan terdapat aktiviti perlumbaan membabitkan kenderaan mikromobiliti yang diubahsuai kelajuannya melebihi 50 kilometer sejam.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan