31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Mashaf al-Quran Braille wadah OKU dampingi, kaji kitab suci

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MASHAF Al-Quran Braille Malaysia mampu menjadi satu wadah bagi komuniti OKU untuk mendampingi dan mengkaji isi kandungan serta pengajaran al-Quran dengan lebih mudah dan terperinci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, kejayaan menerbitkan Mashaf Al-Quran Braille Malaysia berkenaan adalah merupakan satu sejarah buat semua.

Menurutnya, usaha fardu kifayah tersebut hakikatnya telah memenuhi keperluan kira-kira 25 ribu komuniti OKU Penglihatan yang beragama Islam untuk mendekati mukjizat Agung al-Quran.

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Saya memanjatkan rasa tawadduk dan penuh syukur kepada Allah kerana hari ini telah dilancarkan secara rasmi Mashaf Al-Quran Braille Malaysia.

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) atas usaha amat bermakna ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ucapan terima kasih berkenaan juga dirakamkan kepada Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang turut terlibat.

Ujar Idris lagi, besarlah harapannya agar Mashaf al-Quran Braille ini akan digunakan dengan sangat meluas demi melahirkan ramai generasi al-Quran dalam kalangan OKU.

“Insya-Allah saya akan menyampaikan hasrat ini kepada Jemaah Menteri khususnya Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Pendidikan dan juga Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi sebagai cadangan untuk kita jadikan Mashaf al-Quran Braille Malaysia ini sebagai rujukan utama dalam pengajian al-Quran di sekolah-sekolah Pendidikan Khas di seluruh tanah air.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan