29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aidilfitri: Polis jangka jenayah pecah rumah meningkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menjangkakan kes jenayah pecah rumah meningkat pada musim Aidilfitri tahun ini susulan peralihan ke fasa endemik.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Beh Eng Lai berkata, Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang berkuatkuasa di seluruh negara sejak dua tahun lepas telah menyebabkan penurunan kes jenayah pecah rumah pada musim perayaan.

“Berdasarkan rekod, di daerah Sentul sahaja lada 2019 sebanyak 28 kes jenayah pecah rumah dicatatkan dan jumlah ini turun kepada 19 kes pada 2020. Pada 2021, hanya 14 kes dicatatkan.

“Setelah dua tahun orang ramai tidak dapat pulang ke kampung, kita jangka tahun ini banyak rumah yang akan ditinggalkan kosong (ketika musim perayaan) dan ini merupakan satu cabaran bagi pihak polis untuk memastikan setiap rumah tersebut selamat dan tidak dipecah masuk pencuri,” katanya, lapor Bernama.

Berikutan itu, Beh berkata, pihak polis akan menjalankan operasi secara berkala bagi membanteras jenayah pecah rumah menerusi Kempen Rumah Selamat.

Kempen sempena musim Aidilfitri itu dilancarkan hari ini seluruh negara.

Advertisements

Kempen Rumah Selamat ialah pencegahan jenayah melalui rondaan oleh anggota PDRM di kawasan taman-taman perumahan yang didaftarkan sepanjang musim perayaan.

Di daerah Sentul sahaja, seramai 106 pegawai polis akan terlibat dalam kempen ini dan antara tempat yang disasarkan ialah Jinjang, Kepong dan Sentul.

Hebahan telah pun dibuat kepada komuniti setempat bagi menggalakkan orang ramai mengisi borang balik ke kampung. Polis akan meronda sekurang-kurangnya sekali sehari bagi setiap rumah yang didaftarkan.

“Borang tersebut boleh diperolehi secara fizikal di Kawasan Rukun Tetangga terdekat atau melalui atas talian menerusi Facebook dan WhatsApp,” katanya.

Beh turut berpesan kepada orang ramai yang hendak pulang ke kampung supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti memastikan rumah dikunci dengan baik, memasang lampu di sekeliling rumah serta memasang kamera litar tertutup jika berkemampuan.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan