27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Penjawat awam minta habuan RM100,000 dicekup SPRM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG penjawat awam di sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM100,000 pada Jumaat lalu.

Menurut sumber, pegawai berusia lewat 30-an itu disyaki meminta ‘habuan’ berkenaan sebagai balasan kerana memberikan projek kepada beberapa buah syarikat berhubung kerja berkaitan sanitasi di pusat-pusat mengundi dalam Pilihan Raya Negeri di Johor, baru-baru ini.

“Suspek sebelum ini dipercayai pernah meminta wang lebih RM130,000 daripada seorang individu pada awal tahun ini bagi kerja berkaitan sanitasi, namun individu terbabit hanya mampu memberikan wang berjumlah kira-kira RM100,000.

“Suspek kemudiannya bersetuju mengurangkan jumlah habuan yang diminta sebelum bertemu dengan individu berkenaan pada Jumaat lalu untuk menyerahkan wang seperti yang dipersetujui,” katanya seperti dilapor Kosmo!.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki tersebut bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau berkata, lelaki tersebut sebelum ini telah ditahan reman selama empat hari yang berakhir pada hari ini.

Bagaimanapun hakim Mahkamah Majistret Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan lepas reman terhadap suspek dengan menetapkan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin pada hari ini.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan