26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Perak longgar SOP, benarkan takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19 kepada umat Islam di negeri ini bagi menyambut dan meraikan Aidilfitri tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, baginda bertitah demikian berlandaskan sembah nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.

Menurutnya, kelonggaran yang diberikan itu ialah membolehkan solat sunat Aidilfitri dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di masjid dan surau.

“Solat sunat tersebut juga boleh diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan syarat pihak penganjur memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan balai polis atau pondok polis terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, aktiviti takbir Aidilfitri dari rumah ke rumah dan ziarah kubur juga dibenarkan.

Advertisements

Beliau berkata, dibolehkan hidangan jamuan Aidilfitri di masjid dan surau secara terbuka atau bufet.

“Manakala hidangan jamuan secara terbuka untuk berbuka puasa dan moreh di masjid dan surau dibenarkan mulai Khamis ini,”katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Annuar menegaskan, semua aktiviti Aidilfitri itu harus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan JKN seperti pemakaian pelitup muka dan mendaftar kehadiran di MySejahtera.

“Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat baginda di samping mendoakan kesejahteraan mereka,” jelas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan