25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Aplikasi MySejahtera: PAC panggil Khairy dan Tengku Zafrul

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan prosiding dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung isu pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera, hari ini.

Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, kedua-dua menteri itu dipanggil bagi prosiding yang diadakan di Parlimen hari ini.

“Ia sedang berlangsung di Parlimen,” katanya memetik laporan BH, hari ni.

Sebelum ini, PAC mendedahkan aplikasi MySejahtera yang awalnya bertujuan memudahkan proses pengesanan kontak rapat, dibangunkan tanpa kontrak antara kerajaan dan syarikat yang membangunkan aplikasi itu.

Advertisements

Jawatankuasa itu turut mempersoalkan pengambilalihan aplikasi MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft yang kini dikenali sebagai Entomo Malaysia.

Kah Woh sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, pada 21 September tahun lalu, kerajaan menerusi jawapan di Dewan Rakyat antara lain menyatakan aplikasi MySejahtera bermula sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan tempoh setahun itu berakhir pada 31 Mac lalu.

Susulan berakhirnya tempoh itu, kerajaan memutuskan membuat pembayaran untuk penggunaan aplikasi terbabit bermula 1 April.

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan