25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MPN gesa kerajaan segerakan proses permohonan pekerja asing

Mesti Baca

MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) hari ini menggesa kerajaan agar menyegerakan proses kelulusan bagi permohonan pekerja asing dengan mengurangkan karenah birokrasi.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan juga perlu mempermudahkan dan menambah baik proses kelulusan bagi menampung keperluan pekerja oleh industri-industri yang mendesak.

Ini kerana, menurut beliau, jumlah tenaga kerja asing mencatatkan penurunan ketara iaitu lebih 20 peratus sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini sehingga menjejaskan banyak sektor terutama pembinaan dan perladangan.

Kata bekas Perdana Menteri itu, walaupun kerajaan pada 15 Februari lalu telah memberi kebenaran permohonan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor, namun hanya 163 dari 4,561 permohonan kuota pekerja asing telah diproses sehingga kini.

“Sebagai langkah jangka pendek, MPN mencadangkan supaya kelulusan bersyarat boleh diberikan kepada permohonan yang sedang diproses untuk menyegerakan bekalan tenaga kerja asing kepada sektor-sektor yang terjejas.

“Elok sekiranya 50 peratus daripada jumlah permohonan itu diluluskan terlebih dahulu, manakala bakinya boleh dipertimbangkan kemudian,” katanya selepas dalam sidang media mempengerusikan Mesyuarat Keempat MPN 2022 di Putrajaya hari ini.

Advertisements

Bagaimanapun, beliau berkata, bagi tempoh jangka panjang, isu
struktural kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing perlu ditangani secara menyeluruh.

Muhyiddin berkata, mesyuarat turut mengambil maklum inisiatif-inisiatif yang telah diberikan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir.

Namun demikian, kata beliau, MPN berpandangan bahawa inisiatif disediakan secara optimum mengikut keutamaan.

Sehubungan itu, pihaknya mencadangkan agar semua kementerian mengenal pasti sektor-sektor yang paling terjejas akibat COVID-19 dan bencana banjir bagi memastikan inisiatif-inisiatif boleh diubah suai dan disasarkan.

“Ini bagi memastikan sektor-sektor ini tidak ketinggalan dalam usaha pemulihan negara,” kata beliau.

Dalam mesyuarat tersebut, MPN telah mengesyorkan agar penggunaan aplikasi MySejahtera sebagai ‘contract tracing tool‘ dikaji bagi penggunaan yang berkesan dalam peralihan ke fasa endemik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan