25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

JHEV diarah percepat agihan BKK kepada veteran ATM

ATM turut terima sumbangan berjumlah RM1,881,180 bagi keperluan hari raya anggota ATM, yang mana lebih besar berbanding tahun lalu

Mesti Baca

MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) agar mempercepatkan agihan Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, beliau memandang serius aduan sebahagian veteran ATM yang belum menerima BKK sebanyak RM350 seperti yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022 lalu.

“Justeru, saya telah arahkan pihak JHEV ATM supaya mempercepatkan pengagihan BKK ini kepada semua veteran ATM di seluruh negara.

“Ini amat penting bagi membantu menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian veteran ATM dan ahli keluarga. Apatah lagi di musim perayaan ini.

“Sebab itu, saya juga telah umum baru-baru ini, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM250 kepada pesara kerajaan turut akan diberi kepada para veteran ATM yang berdaftar, tidak kira berpencen atau tidak berpencen,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Mengenai sumbangan Hari Raya Aidilfitri, Hishammuddin berkata, seramai 77 penyumbang menyampaikan sumbangan mereka bagi keperluan anggota terutama bagi mereka yang bertugas pada hari raya nanti.

“Bukan sekadar barangan, tetapi juga kewangan dengan jumlah keseluruhan bagi kedua-duanya berjumlah RM1,881,180 yang mana lebih besar dari tahun lalu,” kata beliau.

Katanya, selain itu sebanyak 15,000 Beg Hari Raya juga akan diagih kepada anggota ATM yang bertugas semasa Aidilfitri termasuk di luar negara iaitu di Lubnan di bawah panji Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) dan selatan Filipina di bawah Pasukan Pemantauan Antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan