31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

CCTV rakam ‘hantu’ main kerusi roda, hospital adakan upacara khas

Mesti Baca

BANGKOK – Staf perubatan di sebuah hospital Thailand terkejut besar selepas satu video daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) merakamkan sebuah kerusi roda bergerak sendiri tanpa dikendalikan oleh sesiapa.

Mereka percaya kerusi roda itu digunakan oleh roh bekas pemiliknya yang meninggal dunia di hospital berkenaan di Udon Thani.

Video dirakam pada 23 Mei dan berdurasi 44 saat itu menunjukkan kerusi roda itu bergerak sendiri seperti dikawal seseorang di kawasan pintu masuk hospital.

Rakaman itu menimbulkan kebimbangan kepada kakitangan hospital apabila mendapati ia tidak berada di kedudukan asal keesokan harinya.

Advertisements

Pengarah Hospital Ban Khan Doung, Thanasak Pakdeenuan berkata, mengesahkan kerusi roda itu adalah manual.

Jelas beliau, kerusi itu disumbangkan oleh seorang bekas pesakit yang telah meninggal dunia di hospital tersebut.

The Sun melaporkan, hospital itu kini merancang untuk mengadakan upacara khas bagi menghormati roh pemilik kerusi roda itu. – Agensi

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan