26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Rambut tahanan etnik Uighur didagangkan,AS rampas produk China

Mesti Baca


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) bertindak merampas satu penghantaran produk diperbuat daripada rambut manusia dipercayai rambut etnik Islam Uighur yang ditahan di kem-kem tahanan di wilayah Xinjiang, barat China.

Rampasan itu merupakan sebahagian daripada penghantaran produk seberat 11 tan bernilai AS$800,000 (RM3.4 juta) daripada syarikat Lop County Meixin Hair.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) pada 17 Jun mengarahkan produk syarikat itu ditahan atas sebab menggunakan banduan, buruh paksa termasuk kanak-kanak.

“Pengeluaran produk ini jelas satu pencabulan hak asasi manusia yang serius.

Advertisements

“Perintah tahanan itu juga dibuat bagi memberi isyarat dan mesej jelas kepada semua pihak yang mahu berdagang dengan AS bahawa kami tidak bertolak ansur dengan amalan tidak berperi kemanusiaan dan diharamkan,” kata jurucakap CBP, Brenda Smith.

Lop County Meixin merupakan pengeksport rambut manusia ketiga terbesar di Xinjiang dan disenarai hitam berapa bulan lalu kerana menggunakan buruh paksa.

Pengumuman itu dibuat ketika Jabatan Perdagangan, Perbendaharaan dan Keselamatan Dalam Negeri memberi amaran agar syarikat AS berhati-hati terhadap import barangan melalui rantaian bekalan yang melibatkan buruh paksa atau banduan di Xinjiang atau wilayah lain China.

Jabatan Negara AS mendakwa China meneruskan kempen penindasan di Xinjiang dengan menyasarkan etnik Uighur, Kazakhs dan kaum minoriti lain di negara itu. 

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan