26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 17, 2022

Buka IPT: Jangan terburu-buru, pelajar perlu tempoh

Mesti Baca

SELEPAS membuat keputusan membuka semula sekolah ketika negara masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), seperti dijangka kerajaan juga akan mengumumkan pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) secepat mungkin.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob itu dalam sidang akhbarnya semalam berkata, IPT akan dibuka semula dan pengumuman rasminya akan dibuat oleh menteri pengajian tinggi tidak lama lagi.

PELAJAR perlu kembali mengikuti kuliah seperti biasa tetapi akan diperkenalkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu. – GAMBAR HIASAN/Sunway University

Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat terutama dalam kalangan pelajar dan ibu bapa kerana sebelum ini kementerian mengumumkan kesemua IPT akan ditutup dan mengadakan kelas dalam talian sehingga 31 Disember tahun ini.

Bagi pelajar, sudah tentu keadaan ini akan menyusahkan mereka terutama yang baru sahaja menamatkan sewa bilik atau rumah, manakala pelajar yang tinggal di asrama juga baru sahaja diarahkan mengosongkan bilik mereka.

Netizen, ez4ezzy berkata: “Boleh je kalau nak buka semula, but please (tetapi tolong) buat keputusan awal kalau boleh by this month (hujung bulan ini) dah confirm (disahkan).

“Kesian pelajar Sabah Sarawak dah tamatkan kontrak rumah sewa dan ada yang dah balik sana dah pun. Boleh tak jangan bercelaru sangat? Pelajar universiti ni (tinggal) merata di satu Malaysia,” katanya yang dipetik dalam Twitter.

Baca juga:   Wanita dalang conteng mural pemimpin negara?

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga berkata, keputusan kerajaan untuk membuka semula IPT dalam tempoh yang singkat akan menyukarkan siswa dan pihak universiti.

Baca juga:   Penolong Pegawai Tanah Pekan maut nahas tiga kenderaan

“Saya juga telah menerima banyak aduan dan keluhan dari keluarga pelajar bahawa keputusan ini akan menyukarkan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Penuntut IPT bukan sahaja baharu sahaja diarahkan mengambil barang dan mengosongkan asrama mereka, tetapi ada juga pelajar yang perlu mencari rumah sewa baharu selepas menamatkan kontrak baru-baru ini.

Bagi pelajar dari Sabah dan Sawawak yang baharu sahaja datan ke IPT di Semenanjung untuk mengambil barangan mereka, kini terpaksa lagi membeli tiket baharu dalam masa tidak sampai sebulan jika universiti dibuka dalam masa terdekat.

Meskipun, Syed Saddiq bersetuju universiti patut dibuka semula, namun Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau percaya bahawa keputusan terburu-buru itu akan membebankan pihak yang terlibat.

Ada juga pelajar yang mencadangkan kerajaan menanggung semua kos kemasukan semula ke universiti seperti yang dibuat sebelum ini ketika membawa mereka keluar dari asrama masing-masing.

Hahafiiz pula berkata, kemasukan semula pelajar ke universiti sepatutnya tidak menjadi masalah kerana sepatutnya pelajar sekarang sedang bercuti semester dengan pembukaan semula semester pada Oktober ini. – EDISI9

Baca juga:   Ibu bapa lega sekolah dibuka berperingkat mulai 15 Julai

Terkini

RUU Antilompat Parti akan dipersembah kepada Agong

RANG Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) No. 3 2022 Pindaan mengenai Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan...

Lagi Artikel Berkaitan