30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Kes baharu di Thailand lebih 9,000, rekod kematian tertinggi

Mesti Baca

BANGKOK – Thailand mencatatkan 9,326 kes baharu COVID-19 dan 91 kes kematian, jumlah korban tertinggi dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, 326,832 kes dan 2,625 kematian dicatatkan sejak wabak mula melanda negara ini, Januari lalu.

Memetik laporan Bernama, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) berkata,kes baharu termasuk 9,307 jangkitan tempatan merangkumi 2,548 melalui pengesanan kes aktif dan 19 kes import.

“Bangkok yang menjadi pusat penularan wabak terbaru mencatatkan 3,191 kes baharu dan 51 kes kematian,”katanya.

CCSA berkata, korban terbaru itu melibatkan 47 lelaki dan 44 wanita berusia antara 26 hingga 98 tahun.

Advertisements

Bermula hari ini,pihak berkuasa menubuhkan pusat pemeriksaan di Bangkok dan sembilan wilayah lain untuk meminumkan pergerakan orang ramai.

Thailand akan melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat bermula Isnin ini.

Sementara itu, Transport Co Ltd Thailand turut menangguhkan sementara perkhidmatan bas ke wilayah selatan dari 11 malam Sabtu hingga 25 Julai.

Pengarah Urusannya, Sanyalak Panwattanalikhit berkata, perkhidmatan ke utara, timur dan timur laut pula dikurangkan kepada 13 laluan sehari. – Agensi

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan