25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pencuri lembu kejam sembelih 35 orang kampung

Mesti Baca

KANO – Hanya kerana ingin mencuri lembu, sekumpulan penyamun bertindak kejam dengan membunuh sekurang-kurangnya 35 penduduk di lima kampung di Zamfara, Nigeria baru-baru ini.

Memetik laporan AFP, dalam insiden keganasan terbaharu itu, penyamun lembu terbabit dikatakan telah menembak penduduk dan membakar rumah mereka.

Jurucakap polis Zamfara, Mohammed Shehu berkata, mereka menghilangkan diri sebelum pasukan keselamatan tiba di lokasi kejadian.

“Sukar untuk menjejaki mereka di kawasan itu ekoran keadaan jalan yang teruk,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, seorang penduduk tempatan, Danladi Sabo mendakwa, lebih ramai mangsa yang dipercayai terbunuh dalam serangan yang berlaku Khamis lalu.

Dia berkata, sekurang-kurangnya 43 penduduk kampung dibunuh oleh kumpulan penyamun lembu terbabut manakala tujuh lagi mangsa cedera.

“Kita menemukan 43 mayat dari sekitar perkampungan itu, yang dikebumikan semalam manakala tujuh lagi yang cedera dibawa ke hospital di ibu negeri, Gusau,” ujarnya.

Penyamun yang menunggang motosikal dan bersenjata api itu dikesan melancarkan serangan terancang di kawasan perkampungan terpencil, Gidan Adamu, Tsauni, Gidan Baushi, Gidan Maidawa dan Wari di daerah Maradun.

Negeri-negeri di barat daya dan tengah Nigeria sering diancam kumpulan pengganas yang mahu mencuri ternakan dan menceroboh perkampungan, membunuh, merampas dan membakar rumah.

Rabu lalu, sekumpulan penyamun turut membunuh 18 orang apabila mereka menyerang perkampungan Tsauwa di kejiranan Katsina.

Bulan lalu pula, seramai 53 mangsa terbunuh apabila kumpulan pengganas menceroboh enam buah kampung di daerah Zurmi.

Motif kumpulan berkenaan adalah untuk mendapatkan sumber kewangan dan pada masa yang sama, ramai di antara mereka muncul dalam video dikaitkan dengan kumpulan jihad, dalam usaha menubuhkan negara Islam.

Operasi tentera dan pasukan keselamatan biasanya gagal menyekat serangan kumpulan terbabit.

Dalam pengumuman kerajaan bulan lalu, Gabenor Zamfara, Bello Matawalle meminta penduduk mempertahankan diri daripada serangan kumpulan penyamun kejam itu.

Penjenayah terbabit menumpukan terhadap kegiatan menceroboh sekolah dan menculik murid-murid bagi meminta tebusan daripada ibu bapa serta pihak berkuasa.

Isnin lalu, lebih 100 murid diculik dari sebuah sekolah berasrama di negeri Kaduna.

Insiden itu merupakan penculikan besar-besaran terkini yang menyasarkan sekolah di Nigeria.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan