30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

324,745 dos vaksin COVID-19 direkodkan, Selangor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin COVID-19 telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini adalah sebanyak 11,075,493 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak lima negeri telah mencatatkan pemberian vaksin tertinggi terdiri Selangor dengan 78,081 orang diikuti, Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

“Sementara itu, Johor dengan 26, 050 orang diikuti Sabah (16,112), Terengganu (12,282),Penang (11,953) dan Melaka (8692).

“Lain-lain negeri,  Pahang dengan 6102 orang, diikuti Kedah (4628), Labuan (2311), Perlis (2596), Putrajaya (2216) dan Kelantan (1,156).

Sehingga semalam, JKJAV berkata, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,649,848 orang dan dos kedua 3,425,645. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan