26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Doktor ‘hero’ Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DOKTOR merupakan ‘hero’ (wira) Keluarga Malaysia yang sentiasa tersemat di hati dan jiwa masyarakat di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, jasa dan pengorbanan para doktor bukan sahaja merawat bahkan membantu menyelamatkan nyawa.

Apatah lagi kata beliau, sumbangan doktor cukup berharga ketika dunia dilanda Covid-19.

“…para doktor menjadi barisan hadapan yang setia mengorbankan masa dan tenaga demi kesihatan rakyat Malaysia.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para doktor di seluruh Malaysia dan di mana juga anda berada,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Sambutan Hari Doktor Sedunia yang disambut setiap 30 Mac.

Advertisements

Rata-rata warganet meninggalkan komen positif dalam hantaran oleh Perdana Menteri itu.

Menurut seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Siti Suhaila, dia juga mengucapkan terima kasih kepada doktor.

“Terima kasih kpd semua doktor di Malaysia. Anda adalah wira kami ketika menangani Covid-19 dari awal sehingga kini. Kami amat hargai jasa anda,” katanya.

Sementara itu, bagi pemilik akaun bernama Emmy Hazrul, beliau berharap agar semua barisan doktor akan terus berdedikasi dalam berkhidmat untuk masyarakat.

“Selamat Hari Doktor Sedunia kepada semua doktor di seluruh Malaysia. Teruskan memberi khidmat bakti yang terbaik dan penuh dedikasi bagi masyarakat di luar sana.

“Segala penat lelah dan sumbangan keringat yang telah diberikan kepada seluruh Keluarga Malaysia sangat dihargai,” ucap Emmy Hazrul.-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan