25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UiTM akan ambil tindakan terhadap pensyarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang pensyarahnya yang didakwa menghina seorang pelajar B40 semasa sesi kuliah secara dalam talian.

Difahamkan, pensyarah itu mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Kampus Seri Iskandar, Perak.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata, beliau telah memberikan arahan kepada pengurusan agar mengambil tindakan terhadap pensyarah berkenaan.

Menurutnya, satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung situasi berkenaan, termasuk tindakan terhadap pensyarah tersebut.

“Beliau merupakan pensyarah kontrak dari pensyarah tetap (bersara) sebelum ini dan mengajar dalam bidang pengurusan fasiliti.

“Sekarang dia tidak mengajar, tetapi dalam tempoh untuk diambil tindakan,” katanya hari ini, lapor Kosmo! .

Advertisements

Roziah menjelaskan kejadian tersebut sebenarnya berlaku pada semester lalu antara bulan September 2021 hingga Februari 2022.

“Namun, video itu dimuat naik semalam, mesti ada sebab. Sama ada hendak menyerang pensyarah berkenaan.

“Apapun tindakan, kami sudah ambil. Pelajar tersebut kita sudah kenal pasti dan telah hantar bantuan komputer riba kepadanya,” jelasnya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat mengenai seorang pensyarah yang kelihatan tidak berpuas hati terhadap seorang pelajar sementer lima yang belajar secara dalam talian menggunakan telefon bimbit, bukan komputer.

Menerusi video tersebut, pensyarah tersebut mempersoal tentang sokongan kewangan keluarga tersebut kepada pelajar tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan