24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MPP UiTM selar pensyarah ‘hina’ pelajar tiada komputer

Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran. - Pensyarah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia menyelar seorang pensyarah universiti itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina terhadap seorang pelajarnya kerana tidak memiliki komputer.

Yang Dipertuanya, Rasydan Mohd Hassan berkata, kenyataan yang dibuat pensyarah tersebut merupakan tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.

“Saya mewakili seluruh keluarga MPP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti membuat siasatan dan mengambil tindakan wajar kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu rakaman video yang menunjukkan seorang pensyarah UiTM memarahi seorang pelajarnya kerana tidak memiliki komputer ketika sesi pengajaran menerusi dalam talian.

Rasydan berkata, pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik.

Katanya, manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan UiTM bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini.

Sementara itu, video yang tular tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.

“Saya telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka,” ciapan ringkas beliau di Twitter.

Berikut adalah dialog yang dapat didengar dengan jelas daripada rakaman video tersebut:

Pelajar: 0.07 (bunyi bising)

Pensyarah: Kau pakai apa? Kau pakai phone eh?

Pelajar: Ya Prof.

Pensyarah: Mana kau punya komputer?

Pelajar: Aaaa.. Saya tak ada komputer Prof.

Advertisements

Pensyarah: Engkau tinggal kat mana?

Pelajar: Seremban.

Pensyarah: Kau tinggal kat Seremban. Bapak kau kerja apa?

Pelajar: Tak kerja Prof.

Pensyarah: Mak kau kerja apa?

Pelajar: Tak ada dah Prof.

Pensyarah: Mak kau dah tak ada, bapak kau dah tak kerja.

Pelajar: Ya Prof.

Pensyarag: Kau tak ada adik beradik?

Pelajar: Ada Prof.

Pensyarah: Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas, pergi jual kat gelang emas, pergi beli komputer. Aku cakap dengan kamu, kalau kau ada kakak ada gelang emas, pergi jualkan gelang emas beli komputer.

Patut tu kau tak boleh belajar dengan baik disebabkan kerana kau tak ada komputer. Lepas ni aku akan ajar kau Excel. Pasal tu kau akan menjadi drop out student.

Semester lima kau tak ada komputer. Aku aku sanggup tak ada pakaian, aku ada lima je pakaian, the most important is the computer is very very important for me.

Hanya 800 (Ringgit) sahaja beli komputer. Apa masalah kau? Pasal itu aku tak boleh duduk dengan orang B40 ya! Dia lebih memikirkan pasal lain dari pembelajaran.

Ok kelas, kau tutup kamera kau tu. Aku tak nak tengok lagi dah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan